"Apa nak jadi dengan awak ni Ain, saya mengajar kat depan awak boleh melukis dekat sini, kalau minat sangat melukis jangan masuk sekolah ni lain kali," bebelan Cikgu Norris berdesing di cuping telinga Ain, cuma sengihan kerang busuk dihadiahkan untuk cikgu Norris tersayang. "Sengih-sengih... awak ni kan..."
"Cikgu, saya rasa biar jelah dia... cikgu sambung ajar kami lagi bagus," Sampuk megat Iskandar di hadapan kelas. Itulah megat, cuba perhatikan namanya... SKEMA cam dia, korang perasan tak?. Ain Nur Aleeyah, pelajar pintar daripada sekolah SMK Teluk Belanga, kemudian diterima masuk di sekolah hebat SMK Istana Megah, sekolah ini memang moden dan hebat seperti namanya juga, bertempat di atas bukit dan reka bentuknya ala-ala Hogwarts dalam cerita Harry Potter. Berceita tentang Ain Nur Aleeyah yang telah merubah dirinya sembilan puluh peratus untuk masuk ketingkatan empat, Daripada berkaca mata tebal, dia beralih kepada kanta lekap, telinganya dipasang anting-anting dan rambut yang diikat satu semasa menengah rendah sekarang dipotong ala-ala minah korea. Jangkanya dengan melakukan perubahan tersebut Ain Nur Aleeyah akan mempunyai ramai kawan, malang baginya... di sekolah yang baru ini kebanyakan mereka lebih kepada... NERDlah senang cerita... sedih giler, penat tu berubah...
"Saya melukis sambil mendengar cikgu..." jawab Ain, sengihannya masih belum mati, situasi sebegitu sudah acap kali dialamiya. Satu SMK kenal Ain Nur Aleeyah, cuma Ain Nur Aleeyah yang belum mengenali satu SMK.
"Aisehmen... aku bangun lewat lagi," terkocoh-kocoh Ain menyiapkan diri untuk masuk ke kelasnya. mujur kelas tak jauh, tingkat bawah asrama perempuan je. Itulah susahnya tak ada kawan, tak ada siapa nak kejut untuk bangun atau mereka dah kejut cuma Ain yang tak terbangun. Hilda, Shifa dan Raidah semuanya sudah tiada di katil mereka. Untuk kali yang ke63 Ain terlewat.
"Kenapa kamu lewat lagi Haris?" soal Cikgu Farhana marah. Ain yang terkocoh-kocoh berlari terhenti melihat Cikgu dah ada tawanan terlebih dahulu. Ain bersembunyi di balik tiang, bimbang Cikgu Farhana ternampak. "Cikgu... saya bukan sengaja nak lewat, tapi masa dalam perjalanan saya nak ke kelas tadi, saya diserang seekor harimau yang datang dari belakang sekolah ni, niat saya memang nak datang awal, tapi hampir dua jam saya bertarung dengan harimau tu, barulah saya berjaya meloloskan diri cikgu," jawab Harris, suaranya direndahkan. Ain terlopong mendengarnya... kalau ya pun logiklah sikit kawan!
"Oh... kamu tak apa-apa Harris?" balas Cikgu Farhana bernada simpati. Ain hampir terjerit marah, 'Gila! Cikgu percaya kat alasan Bangang bin bengong tu!'
"Saya tak apa-apa cikgu, nasib baiklah saya dapat lepasi Harimau tu tadi," balas Harris dengan suara yang lebih mendayu. "Kamu ingat cikgu percaya ke? cikgu akan hantar nama kamu ke guru disiplin! sekarang masuk kelas!" tengking cikgu Farhana lalu berlalu dari situ. Di balik tiang, Ain sudah menggigil menahan tawa. 'padan muka kau, kau buat lawak bodoh kat cikgu! aku punya berbukit kalau nak pikir lewat punya alasan, kau senang-senang bagi alsan tak logik...rasakan!'
setelah pasti Cikgu Farhana sudah berlalu, Ain segera menyambung larian mereton yang tadinya terhenti melintasi Harris dan kemudian menghadiahkanya senyuman sinis sebelum memboloskan diri untuk masuk ke kelas.
"Nanti... tunggu!" Ain terhenti apabila mendengar teriakan Harris. segera dia menoleh. "Tak boleh tunggulah... takut Harimau datang, mati nanti..." balas Ain sambil ketawa mengejek. Harris menarik tangannya. "Kau... kau... Ain Nur Aleeyah kelas 4 Epal kan?" soalan Harris membuatkan Ain menghampirinya. lewat sikt lagi tak apalah...
"Famous gak aku ni..." balas Ain pendek, jarum jamnya diperhatikan. sekarang masa MR.Hilman yang bengis tu... takyah masuklah. "aku Harris kelas 4 Durian, engineering punya kelas, kau lewat?" soal Harris setelah memperkenalkan diriya.'Bodoh! dah nampak aku lewat lagi mau tanya ka...' Ain tersenyum bangga, banggalah... dia tak kena soal siasat macam berdepan dengan Inspektor. "Err... lewatlah jugak... sekejap lagi aku masuk kelas,tapi sekarang aku nak pergi dulu," balas Ain kemudian berpaling semula melangkah menuju ke tandas.
"Nanti... kau Ain Nur Aleeyah yang cuma pernah tiga empat kali datang awal kan?" sekali lagi kata-kata Harris menyebabkan Ain mematikan langkahnya. 'Aduh... Cikgu kat sini ni kuat betul cerita pasal aku,mesti satu sekolah dah tahu perangai terlebih baik aku ni...' "huh... yalah, yang selalu kena marah dalam kelas, ponteng kelas, tidur dalam kelas, melukis dalam kelas, rehat awal, tak pakai jubah masa perhimpunan, akulah tu..." kata Ain menyebut kesalahannya dengan nyata.
"Teruknya... aku cuma tau kau selalu datang lewat je, sebab nama kau selalu ada dekat list budak lewat tu, tak sangka..." Ain segera menutup mulutnya. dia tau satu je, aku bagitahu semua...
"Err... pergi dululah ya,"
"kalau nak berseronok, berseronoklah denga Ris lain kali..." laung Harris apabila Ain sudah jauh di hadapan. Ain mencebik, 'bila pula aku dah mula panggil kau RIS, yaks!'
***
"Ya... awak nampak... ayat apa yang sesuai digunakan, cantik? tak... comel? tak... tapi awak... awak lebih hebat dari semua tu, awak super model ke?," suara di pintu kelas menarik perhatian Ain untuk menoleh. "Betul ke? pandailah awak Harris,"
Ain mengeluh, Harris di kelasnya pula. Budak ni banyak hallah! lama Ain memerhatikan Harris sebelum mata mereka bertaut, Ain segera melarikan pandangan. tetapi Harris segera menyusun langkah ke meja Ain, beberapa orang pelajr memerhatinya. "Hai Leeya, tak rehat Leeya, jom makan dengan Ris, Ris laparlah," Ain mengerut dahi. 'Hah sudah bila pula kau panggil aku Leeya ni...'
"Hai Tasha, cantik baju tu..." Harris segera menegur apabila pelajar perempuan berselisihan dengannya. Ain mencerut marah. "kenapa pulak kau ni? tak pasal-pasal betul," bisik Ain perlahan. baru sahaja Harris ingin menjawab, tiga orang pelajar perempuan mendekatinya. Ain mengeluh, pergilah tempat lain, jangan kat tempat aku!
"Harris mimpi apa datang kelas ni?" soal Linda, Harris tersenyum menawan. "nak jumpa My Leeya ni... jom Leeya kita rehat,"
'sejak bila aku jadi My Leeya kau Harris!!! geramnya... suka hati je...' Wajah Ain masih lagi serius. Linda masih tidak berganjak menunggu Harris dan Ain beredar, 'heh, kau tak percaya aku ada kawan ke Linda? feymes lagi tu...' "Harris..." kata Ain perlahan, tetapi Harris memotongnya.
"Leeya... panggil je Ris.. macam selalu," kata Harris dengan lagk Gentelman sungguh, Ais di kutub pun boleh cair, tapi... 'bila pulak aku pernah panggil kau Ris???? macam selalu kau kata!!! hangin betul aku... kau mainkan aku Ris, eh terpanggil pulak nama manja mangkok ni,'
"Jom Ris, Leeya pun lapar," sengaja dimanjakan suara demi menyakitkan hati Linda and the geng, maklumlah Linda and the geng kaki mengadu kelas Epal, selalulah Ain dimarahi kerana kaki ngadu tu. mengikut firasat Ain, Linda ada hati dengan Harris. orang kata, Firasat perempuan selalunya tepat!
***
"Tak balik rumah cuti pertengahan tahun ni?" terkejut Ain disapa tiba-tiba Harris. Ain menjungkit bahu. Harris melabuhkan punggung bersebelahan Ain, "sayang nak tinggalkan air terjun ni," balas Ain malas, matanya tak lepas menatap keindahan air terjun di kaki bukit istana megah. "Sayang nak tinggalka Rislah tu..." kata Harris tiba-tiba. Ain mencebik, sememangnya... setelah enam bulan bersekolah di sini, Ain akhinya dapat berkawan dengan tiga orang kawan, Harrislah paling rapat, mungkin kerana sama-sama selalu buat masalah. Entahlah semakin jauh Ain cuba pergi dari Harris, makin dekat pula dia dengan lelaki itu.
"Tak kuasa aku...tapi kau pun tak balik ke?" soal Ain pula. "Kalau aku balik siapa nak jaga My Leeya?" jawapan Harris menggelikan hati Ain, "Entahlah... kau ni bila pulak aku jadi My Leeya kau, aku balik dorm dululah Har,"
"Wait Leeya, satu soalan, kau suka panggil aku Har kan, kenapa?" soal Harris. alah dia ni... semua nak amik kira! suka hati akulah... "sebab kau selalu panggil diri kau Ris, aku panggil kau Harlah baru lengkap,"
Hilda turut tidak pulang pada cuti kali ini, Ain melihat Hilda yang tenggelam di balik buku tebalnya itu, Hilda merupakan salah seorang daripada tiga orang kawan yang berkawan dengan Ain, orangnya betubuh kecil dan berambut pendek, tak lupa kepada kaca matanya yang tebal. "Hilda... tak balik?" tegur Ain, Hilda menutup bukunya lalu diletakkan di sisi meja.
"tak, Ashraf pun tak balik...eh, Ain, Harris pun tak balik, korang memang dah plan ke?" soal Hilda, Ain ketawa mendengarnya. "Plan atuk kau, mana adalah... surat khabar mana cerita aku dah plan ni?" balas Ain... Hilda mencebik, tak nak ngaku pulak!
"Untunglah kau jadi makwe si Harris kan Ain," kata Hilda lagi, tersembur air yang diminum Ain. "Ni... mana kau dapat cerita ni, merepeklah," kata Ain menafikan. telefon bimbit Ain berbunyi nyaring. segera dia menjawb panggilan tersebut.
***
"Pehal kau tiba-tiba ajak aku masuk tempat ni?" soal Ain, Harris menyambutnya dengan senyuman dihadapan pintu Lebordia Gardenia tersebut. "My Leeya is coming, jom..." dengan lagak yang masih gentleman Harris memimpin Ain masuk kedalam tempat tersebut. "Aku reti jalan sendirilah!" kata Ain melepaskan tangannya daripada pegangan Harris, namun pegangan Harris yang kejap dan utuh memaksa Ain membiarkan sahaja. "Restoran, kita nak Dinnerlah Leeya," balas Harris.
"Tak boleh biar aku jalan sendiri?" soal Ain keras, disekelilingnya kelihatan ramai pasangan muda. "Oh... boleh My Leeya," tangan Ain segera dilepaskan.
"Leeya nak tau apa yang istimewaya tempat ni?" soal Harris. Ain menjungkit bahu tidak berminat. Harris menarik nafas sebelum menyambung kata-katanya."Hmmm... makanan dia sedap, tapi kalau datang berpasangan dapat potongan harga, tulah yang paling penting sekali,yup! potongan harga sangat penting untuk penjimatan, niat Ris nak bawak nenek Ris tadi, tapi Ris takut orang tau Ris dengan nenek Ris bukan couple,maklumlah terlalu segak nak dipasangkan dengan seorang nenek kan,"
'Cis! kurang hasam punya Harris, cakaplah paling penting tempat ni romantik ke, apa ke...'
"Habis tu Ris sayang... lain kali bawak Linda datang sini ye..." balas Ain geram. "eh, tak nak, Ris nak bawak Lia sebab Lia ni menarik,"
"Leeya, nak tahu apa yang menarik tentang Leeya?" soal Harris lagi. "menarik tu... apa?" balas Ain. 'nak cakap aku cantiklah tu... lelaki bermulut manis semua macam ni, eh, mesti dia nak cakap aku macam tuan puteri pulak, eh, pujian apa yang selalu keluar dari mulut Harris ye, entahlah...'
"yang menariknya, muka Leeya macam... ikan dalam akuarium tu, muncung memanjang, My Leeya tak reti senyum ke Leeya? sebab tulah Leeya takde kawan tau, orang takut nak dekat dengan Leeya, tapi tak apa... Ris boleh ajarkan Leeya senyum, ikut harris Leeya..." kata Harris kemudian menayangkan giginya. aduh... Harris tahukah kau... wajahmu itu lawak sungguh! kalah Badut sarkas! "itulah Ris ajak Leeya, tuan punya restoran ni tengok mesti rasa macam nak goreng Leeya, muncung macam ikan,"
"yalah Ris sayang, Leeya nak makan, Ris bayar ye... Leeya tak bawa duit, potongan harga kan??" Harris cuma tersenyum mendengar kata-kata Ain.
"Ni untuk Leeya," Harris memberikan ain sejambak mawar merah, mana dia sorok tadi? "Har... thanks,you are such a very nice guy " balas Ain perlahan "Rileks Leeya jangan terharu sangat, cuma berseronok je, main-main kan," kata-kata Harris menyedarkan Ain.
"kenapa? kau pun terharu ke dengar bait-bait indah aku tadi? aku pun berseronok jelah... kita kan, cuma berseronok..." balas Ain kembali tersedar sasulnya dia tadi saat menerima jambangan mawar dari si lelaki berlidah manis.
No comments:
Post a Comment